Panik tengok mega



Acheh: Fenomena pembentukan awan menyerupai gelombang tsunami di wilayah Aceh Barat, Indonesia baru-baru ini, menggemparkan orang ramai.


Ini kerana awan itu muncul ketika angin kencang dan hujan di kawasan Meulaboh dan sekitarnya.


Seorang penduduk Meulaboh, Sabrina berkata, kemunculan awan luar biasa pada Isnin lalu itu sangat amat menakutkan.


"Menakutkan apabila kami melihat awan itu berwarna hitam pekat.


"Jarang berlaku fenomena seperti ini," katanya memetik laporan asal Antara.


Aidil Firmansyah berkata, penduduk hairan melihat fenomena yang belum pernah dilihat sebelum ini.


"Ramai orang terkejut dan hairan. Kebanyakannya percaya ia ada kaitan dengan bencana.


"Namun, fenomena itu hanya setengah jam sebelum awan menakutkan itu hilang dibawa angin dan cuaca pun mendung sepanjang hari," katanya kepada Kompas.com


Dalam pada itu, Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Daerah Aceh Barat, Mukhtaruddin menasihati orang ramai tidak panik jika melihat kemunculan awan berkenaan.


Beliau berkata, ia hanya fenomena biasa.


"Masyarakat tidak perlu panik kerana ini hanya fenomena alam biasa.


"Tetapi kita minta orang ramai berwaspada kerana kemunculan awan itu akan disertai hujan lebat," katanya kepada Serambinews.com


Sementara itu, Ketua Data Agensi Meteorologi, Kajicuaca dan Geofizik (BMKG) Indonesia Stesen Sultan Iskandar Muda, Zakaria menjelaskan, fenomena itu dikenal pasti sebagai awan Arcus.


"Awan ini berbentuk seperti ombak yang memang jarang berlaku. Ia sebahagian daripada awan kumulonimbus yang biasanya berada pada tahap yang rendah.


"Ia boleh menjadikan angin kencang, hujan lebat, kilat, petir dan puting beliung," katanya.



Sumber: Harian Metro

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.