Parlimen: Usul pengosongan kerusi Speaker lulus



USUL pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 Ahli Parlimen menyokong usul berkenaan.


Timbalan Yang Dipertua Mohd Rashid Hasnon berkata, 109 Ahli Parlimen tidak bersetuju manakala seorang tidak hadir.


Usul diluluskan secara belah bahagian.


Terdahulu, usul itu dicadangkan Ahli Parlimen Pagoh yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan disokong Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Sumber: Harian Metro

0 views0 comments