Pasaran kerja, pelaburan, ekonomi digital antara tumpuan pelan pemulihan ekonomi - Mustapa


KUALA LUMPUR: Pelan pemulihan ekonomi jangka pertengahan dan panjang yang akan dibentangkan pada Oktober ini akan memberi tumpuan untuk menambahbaik beberapa dasar utama serta menstruktur dan mengukuhkan semula ekonomi negara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata antara penambahbaikan itu membabitkan pasaran pekerjaan, pelaburan dan ekonomi digital.


Katanya, pelan pemulihan itu adalah peluang buat kerajaan untuk melihat dengan lebih mendalam cabaran yang dihadapi dan akan memberi tumpuan kepada beberapa pembaharuan utama.


"Antaranya membabitkan tenaga kerja untuk masa depan, pasaran pekerjaan, isu kualiti pelaburan dan ekonomi digital serta peranan sebahagian institusi awam dan sektor swasta untuk terus memacu pembangunan ekonomi negara ke hadapan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada persidangan maya Invest Malaysia 2020 Siri 2, di sini hari ini.





Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.