Pelan tindakan Pembangunan Vaksin Negara dirangka - Khairy



KUALA LUMPUR, 14 Julai  -- Pelan tindakan mengenai hala tuju Pembangunan Vaksin Negara akan dirangka dalam memastikan Malaysia mempunyai jaminan keselamatan dan kemandirian vaksin, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

 Beliau berkata pelan tindakan itu penting untuk negara susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan sehingga kini belum ada vaksin untuk penyakit itu.