Pemain muda Chelsea berbelanja besar beli kereta mewah



LONDON: Pemain muda Chelsea, Hakim Ziyech berbelanja besar untuk koleksi kereta mewahnya selepas menyertai kelab itu dengan gaji 100,000 pound (RM538,036) seminggu.


Pemain yang dibeli dari Ajax itu membeli Audi RS6-R, tetapi spesifikasi standard kereta itu tidak cukup bagus dan dia melakukan modifikasi bernilai 70,000 pound (RM376,630).


Kereta berkenaan menyertai koleksi Lamborghini - Urus dan Aventador - dalam garaj Ziyech.


Ketika di Amsterdam, Ziyech dilihat sering memandu VW Golf GTI sebelum mendapat tawaran lumayan daripada kelab Inggeris itu.


Bintang Liga Perdana Inggeris lain termasuk Pierre-Emerick Aubameyang dan Roberto Firmino turut memiliki Urus yang bernilai 159,925 pound (RM860,319).


- AGENSI




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.