Penerbit filem tradisi, media sosial kena ada lesen


KUALA LUMPUR: Penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), sama ada mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu (personal media) yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu Lesen Pengeluaran Filem/Video, Lesen Pengedaran Filem/Video dan Lesen Pemameran Filem/Video.



"Merujuk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981, Seksyen 22 (1), "Tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar,

mengedar dan mempamer filem-filem atau mana-mana gabungan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam seksyen 21 (1), melainkan jika suatu lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian"," katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan asal Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang bertanya sama ada semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran, sama ada mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments