Penunjuk perasaan berisiko mendapat jangkitan COVID-19



WASHINGTON: Pakar kesihatan bimbang situasi ribuan penunjuk perasaan susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd mampu menyebarkan lagi virus COVID-19, berikutan berhimpun beramai-ramai dan batuk dengan teruk sebaik dilepaskan gas pemedih mata.


Tetapi bagi penyelidik dan pakar perubatan, keganasan polis yang bersifat perkauman itu sendiri dan pengabaian krisis kesihatan awam terhadap rakyat Afrika Amerika dilihat lebih mengancam nyawa dan meningkatkan risiko penyakit berkaitan tekanan seperti serangan jantung dan barah.


Bagi pakar perubatan di Hopsital University of Virginia yang juga berkulit hitam, Ebony Hilton, berkata isu yang diketengahkan dan menjadi ancaman ialah dua pandemik iaitu COVID-19 dan keganasan polis.


"Kita menjangkakan lonjakan kes jangkitan COVID-19 sebab tiada penjarakan sosial dan malangnya ramai orang tidak memakai pelitup mula dengan cara yang betul.


"Semburan lada mampu menyebabkan batuk sekali gus meningkatkan risiko, tambahan pula COVID-19 boleh tersebar titisan air mata yang mana tidak semua memakai kaca mata.


"Malah ramai yang bersedia mengambil risiko ini memandangkan kajian dilakukan pada 2019 menunjukkan lelaki berkulit hitam adalah 2.5 kali berkemungkinan dibunuh oleh polis daripada rakan mereka yang berkulit putih," katanya.


Cav Manning, 52, antara ribuan yang bersedia berdepan dengan risiko COVID-19 dengan menyertai tunjuk perasaan kerana beranggapan dia perlu turut bersama walaupun sedang berdepan dengan wabak.


Masalah itu bukan hanya kematian berprofil tinggi yang menjadi berita, tetapi tekanan psikologi yang dihadapi rakyat Afrika Amerika secara berterusan disasarkan oleh polis.


"Apa yang kami tahu ialah tekanan kronik yang secara langsung meningkatkan risiko barah, tekanan, diabetes, kegagalan jantung dan obesiti," kata Hilton.


Ahli epidemiologi University of California Riverside, Brandon Brown berkata, sementara jangkaan risiko penularan COVID-19 diturunkan di luar rumah, ia tidak dikurangkan menjadi sifar, terutama ketika orang tidak dapat menjauhkan diri secara fizikal ketika berhadapan dengan polis.


Doktor di unit kecemasan di New York, Robert Glatter menambah aerosol yang dihasilkan oleh gas pemedih mata itu sendiri berpotensi bertindak sebagai pembawa titisan virus jauh lebih meluas kepada orang ramai dan ini faktor ini menambah kerisauan pakar kesihatan terhadap kesannya dalam tempoh dua minggu akan datang.- AFP




Source: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.