Perutusan khas Perdana Menteri Hari Ini



PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas hari ini.


Perutusan itu bakal disiarkan di semua rangkaian televisyen TV3, RTM, Bernama TV dan Astro Awani serta rangkaian media sosial Muhyiddin, termasuklah Facebook, Twitter dan Youtube jam 2 petang.


Perutusan itu juga boleh disaksikan secara langsung menerusi Facebook (FB) dan YouTube Harian Metro.


Amanat itu dinamakan Perutusan Khas Perdana Menteri itu kemungkinan bagi menjawab persoalan orang ramai sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung atau ditamatkan.


PKP fasa empat akan berakhir pada Selasa ini selepas Malaysia melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments