Piala Thomas: Malaysia dalam Kumpulan A



KUALA LUMPUR: Undian Piala Thomas 2020 yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Belanda dan England manakala juara bertahan, China berada dalam Kumpulan B.

China yang menewaskan Jepun 3-1 pada pertembungan final pada edisi 2018 di Bangkok, Thailand dijadual berdepan Taiwan, Australia dan Perancis manakala Jepun yang berada dalam Kumpulan D bertemu Korea Selatan, Thailand dan Kanada.


Dalam Kumpulan C, semi finalis dua tahun lalu Denmark, diundi bersama pasukan India, Jerman dan Algeria untuk kejohanan yang dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Oktober ini.

Dalam pada itu, undian bagi Piala Uber menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B yang merangkumi Korea Selatan, Indonesia dan Australia manakala juara bertahan, Jepun yang menewaskan Thailand 3-0 pada edisi 2018, diundi dalam Kumpulan A bersama Taiwan, Mesir dan Sepanyol.


Undian Piala Thomas & Uber


Piala Thomas

Kumpulan A Indonesia Malaysia Belanda England


Kumpulan B China Taiwan Australia Perancis


Kumpulan C Denmark India Jerman Algeria


Kumpulan D Jepun Korea Thailand Kanada


Piala Uber

Kumpulan A Jepun Taiwan Mesir Sepanyol


Kumpulan B Korea Selatan Indonesia Australia Malaysia


Kumpulan C Thailand Denmark Scotland Kanada


Kumpulan D China India Perancis Jerman



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.