Polis sudah ada petunjuk individu conteng mural


SHAH ALAM: Polis Selangor sudah mempunyai beberapa petunjuk serta sasaran individu yang dipercayai terbabit menconteng mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.


Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya kini masih di peringkat siasatan untuk mengenal pasti individu yang terbabit.


"Ada (perkembangan kes conteng mural). Tapi kita sedang membuat siasatan susulan. Kita ada beberapa target (sasaran) dan petunjuk. Ada kemungkinan individu berkenaan akan ditahan dalam masa terdekat," katanya ditemui di Bangunan SUK Selangor di sini hari ini.


Sebelum ini, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial pada tengah hari Isnin yang memaparkan dua kelibat wanita dipercayai dalang yang merosakkan mural berkenaan.


Susulan vandalisme itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memadam semua mural dengan mengecat semula dinding itu.



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.