'Ramai orang boleh duduk di meja besar'


MEJA makan besar di kedai makan dan restoran yang boleh memuatkan ramai orang tidak semestinya dikhususkan untuk dua individu sahaja.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kapasiti meja itu sehingga 10 orang, boleh letakkan 10 orang asalkan ada penjarakan sosial.

Beliau berkata, selagi ada penjarakan sosial ruang meja makan yang boleh menampung 10 hingga 16 orang tidak perlu diduduki dua individu sahaja.


"Saya rasa boleh dan mesti ada penjarakan sosial. Kalau meja besar untuk 10 orang, takkan dua orang nak duduk, mungkin boleh muat lapan orang, jadi tiada halangan," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, panggung wayang masih tidak dibenarkan beroperasi setakat ini.


"Belum lagi setakat ini, sampai masa kita akan buka dan SOP (prosedur operasi standard) pun belum ada," katanya.


Selain itu, katanya, mesyuarat khas menteri esok akan membincangkan mengenai kebenaran untuk penuntut dan pelajar antarabangsa untuk kembali semula ke negara ini bagi meneruskan pengajian.


"Kita faham, bukan setakat IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) yang ramai, sekolah antarabangsa pun memohon dengan kerajaan kebenaran untuk pulang ke negara kita.


"Esok mesyuarat khas menteri akan membincangkan kebenaran dan SOP (isu ini), Jumaat kita akan umumkan," katanya.




Sumber: Harian Metro

0 views0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.