Real Madrid juara La Liga


MADRID: Real Madrid dimahkotakan juara La Liga buat kali ke-34 sebentar tadi selepas Karim Benzema meledak dua gol ketika menang 2-1 mengatasi Villarreal seterusnya meraih gelaran berbaki satu perlawanan.


Dua gol Benzema termasuk penalti kontroversi babak kedua di Stadium Alfredo di Stefano ketika Madrid membuka jurang tujuh mata dan menamatkan dua musim dominasi Barcelona.


Barca perlu mengatasi Osasuna di laman sendiri sambil berharap Madrid tewas tetapi cabaran mereka berakhir apabila tewas 2-1 di Camp Nou, walaupun Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.

Ia bermakna Madrid meraih gelaran La Liga ketiga dalam lapan tahun selepas persembahan baik sejak bola sepak Sepanyol bersambung pada 11 Jun selepas pandemik COVID-19.


Skuad Zinedine Zidane menang 10 daripada 10 perlawanan sejak bermula.


Mereka hanya bolos tiga gol dan tidak pernah ketinggalan dalam perlawanan.


"Bagi saya ini adalah satu daripada hari terbaik dalam karier profesional saya," kata Zidane. "Selepas perintah berkurung dan semuanya, ia menakjubkan." - AFP



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.