RM11,000 pendapatan sehari, pusat judi dalam talian diserbu



KUCHING: Dua pusat perjudian dalam talian di bandar raya ini yang meraih pendapatan harian sekitar RM11,000 diserbu polis, petang semalam.


Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di MJC Batu Kawa dan Taman Sri Moyan, Jalan Batu Kawa/Matang, jam 5 petang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai, berkata sembilan ahli sindiket perjudian dalam talian itu diberkas.


"Mereka terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 18 hingga 26 tahun.


"Polis turut merampas 14 telefon bimbit dan komputer yang digunakan bagi menjalankan operasi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, pusat itu menjalankan operasi sejak 11 bulan lalu.


"Serbuan dan penangkapan ini dilakukan dari maklumat diterima, pengawasan diteliti untuk mengumpulkan maklumat dan mengenal pasti lokasi tepat.


"Pusat ini menghubungi pelanggan menggunakan whatsapp, telegram, facebook, instagram dan wechat melalui pautan seperti 918kiss, Mega, LPE88, Joker 123, Mega888 XE88,"katanya.


Kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.