RMKe-12 jadi panduan dasar ekonomi negara 2021-2025


KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku pertama tahun depan merangka strategi dan inisiatif utama yang akan dijadikan sebagai prinsip panduan untuk dasar ekonomi Malaysia bagi lima tahun akan datang dari 2021-2025.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata rancangan itu juga akan diselaraskan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) berserta dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).



"Membasmi kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dan merapatkan jurang wilayah, termasuk perbezaan jurang pembangunan infrastruktur, akan diberikan keutamaan paling tinggi sewaktu tempoh 2021-2030," katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Invest Malaysia 2020 siri kedua di sini, hari ini.



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments