Rupa Konsol PlayStation 5 Akhirnya Didedahkan, Ramai Tak Sabar Nak Ada Satu



Setelah berbulan-bulan menjadi tanda tanya, Sony akhirnya telah mendedahkan reka bentuk konsol PlayStation 5 generasi akan datang. Didatangkan dengan dua versi, satu adalah edisi standard dan satu lagi edisi digital tanpa pemacu optik.



PlayStation 5 mempunyai reka bentuk menegak yang ramping dan didominasi oleh panel putih di kedua-dua sisinya dengan rekaan dalaman hitam yang melengkung. Bahagian tengahnya kelihatan seperti USB-A standard dan port USB-C di bahagian depan bersama dengan lampu LED biru dan lubang di sepanjang lengkung atas. Bahagian belakang konsol masih belum ditunjukkan dan menjadi misteri.


Seperti yang pernah didedahkan oleh Sony sebelum ini, PS5 hadir dengan controller DualSense, juga dengan warna hitam putih seperti konsol utamanya.


Selain itu, Sony turut mempamerkan pelbagai aksesori untuk konsol baru ini. Terdapat juga Charging Station untuk mengecas dua pengawal DualSense secara serentak, Kamera HD untuk pengesanan gerakan, Pulse 3D Wireless Headset, dan Media Remote untuk menggunakan konsol sebagai player Blu-ray dan kotak streaming.



Sony juga telah mempamerkan banyak permainan baru, termasuk Marvel's Spider-Man: Miles Morales, Horizon Forbidden West, Gran Turismo 7, Ratchet & Clank: Rift Apart, Resident Evil Village, NBA 2K21, Deathloop, Hitman III, dan banyak lagi. Terdapat juga kemas kini untuk GTA V, yang akan mendapat kandungan tambahan, peningkatan teknikal, peningkatan visual, dan peningkatan prestasi ketika dipasarkanpada separuh tahun 2021 nanti.



Sumber: Era

14 views0 comments