RUU 355: Keutamaan sekarang ekonomi, COVID-19 - Mohd Amar


KOTA BHARU: PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 kerana itu adalah cita-cita parti itu sejak sekian lama.


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata bagaimanapun, buat masa ini keutamaan PAS adalah untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.


"Seperti yang kita semua tahu, RUU 355 sudah dibentangkan di Parlimen dan sekarang masuk ke pusingan seterusnya.


"Masanya akan sampai, tunggulah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pekarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.


Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS sanggup menunggu untuk satu tempoh masa yang lama bagi meminda perkara berkaitan rang undang-undang itu.




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments