Sambutan Hari Gawai pada hari pertama sahaja


SAMBUTAN Hari Gawai hanya dibenarkan disambut pada hari pertama perayaan, dengan kapasiti 20 individu sahaja di dalam rumah.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sama seperti sambutan Aidilfitri dan Pesta Keamatan sebelum ini, sambutan Hari Gawai sangat berbeza seperti tahun sebelum ini.


"Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa semua yang menyambut Hari Gawai esok perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) musim perayaan dengan sambutan hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja.


"Kapasiti yang dibenarkan adalah 20 orang dan digalakkan ahli keluarga di dalam rumah terbabit sahaja, mungkin boleh jiran terdekat.


"(Tetapi) Sebaiknya adalah yang berada di rumah untuk menyambut Hari Gawai adalah keluarga di dalam rumah itu sahaja," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, penularan pandemik Covid-19 banyak mengubah cara sambutan hari perayaan di negara ini.


"Kita harus mengadaptasinya dan perlu mengamalkan disiplin diri untuk bersama-sama membanteras pandemik ini.


"Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga Sarawak yang akan menyambutnya esok," katanya.



Sumber: Harian Metro

0 views0 comments