Samsung perkenal pensteril ringan UV


Seoul: Samsung Electronics Co pada Rabu mengumumkan akan melancarkan pensteril ringan ultralembayung (UV) bagi telefon bimbit bagi memenuhi keperluan pengguna ketika pendemik Covid-19.


Menurut syarikat itu, alat berkenaan dengan pengecas tanpa wayar akan dijual di Korea Selatan pada harga 49,500 won (kira-kira RM177), lapor agensi berita Yonhap.

Ia dihasilkan oleh Samsung C&T, firma yang bekerjasama dengan Program Kerjasama Telefon Bimbit Samsung (SMAPP).


Samsung berkata, alat itu boleh menyah kuman pada pelbagai barangan seperti telefon bimbit dan kaca mata dalam tempoh 10 minit.


"Ia secara berkesan membunuh 99 peratus bakteria dan kekotoran," katanya dalam satu kenyataan.


Syarikat itu berkata, alat sama sudah berada di negara seperti Jerman dan Belanda, dan akan dilancarkan di negara lain termasuk Amerika Syarikat, dalam masa terdekat ini.

Sumber industri berkata, Samsung mendaftarkan paten dengan nama "antimicrobial coating" untuk sarung dan bekas telefon bimbit di negara seperti Korea Selatan, Sepanyol dan Itali.


Ia bagi membolehkan telefon bimbit keluaran syarikat itu bebas kuman.

Segelintir pihak dalam bidang teknologi maklumat menjangka Samsung akan melancarkan telefon bimbit dengan 'antimicrobial coated' bulan depan apabila ia memperkenalkan Galaxy Note 20 phablet.



Sumber: Harian Metro

0 views0 comments