Sarawak guna dana sendiri teruskan projek pembinaan jambatan


KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menggunakan dana sendiri bagi meneruskan pembinaan lima projek jambatan yang dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu.


Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg juga menegaskan Kerajaan Sarawak tidak akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula projek berkenaan kerana bimbang akan melambatkan proses pembinaan.


“Kita ada dana. Kita akan teruskan dengan projek tersebut. Kita tidak mahu ia tertangguh lagi.


“Kalau dikaji semula memang akan lambat. Kerajaan negeri akan teruskan sendiri,” katanya kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Sungai Maong Ke Segedup hari ini.


Datuk Patinggi Abang Zohari turut memberitahu Kerajaan Sarawak tidak akan meminta Kerajaan Persekutuan membayar balik kos ditanggung Kerajaan Negeri untuk menyiapkan kesemua projek berkenaan.


Sebaliknya, kerajaan negeri jelas Ketua Menteri mungkin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menganugerahkan projek-projek lain di masa akan datang.


Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi.


EDISI UKAS

2 views0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.