Selamat kembali pelajar


KUALA NERUS: "Guru-guru sudah bersedia menerima 190 pelajar Tingkatan Lima," ujar Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, Abu Bakar RA Mohd Abdullah.


Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) sebelum pembukaan sekolah sudah dipatuhi termasuk penerangan kepada guru, ibu bapa dan murid melalui kaedah dalam talian dan juga edaran yang dilakukan oleh guru kelas.


"Peralatan seperti alat pemeriksaan suhu badan, pelitup muka, sanitasi tangan termasuk label di tempat tertentu, poster berkaitan COVID-19 dan penyusunan meja dalam kelas dengan mengambil kira penjarakan sosial juga sudah disediakan dengan baik dan sempurna termasuk bilik isolasi.


"Harapan saya agar pelajar bersedia datang ke sekolah dengan normal baharu selain perlu bersemangat untuk kembali belajar selepas tiga bulan meninggalkan alam persekolahan secara bersemuka dan mereka belajar di rumah masing-masing melalui kaedah pembelajaran dalam talian.


"Selain itu pada setiap masa dan tempat pelajar akan dipantau bermula mereka sampai di pintu pagar sekolah hinggalah mereka pulang.


"Namun saya percaya pelajar mampu mematuhi SOP yang ditetapkan apatah lagi mereka sudah diberi penerangan mengenai bahayanya pandemik itu selain kita juga sudah membentuk jawatankuasa dalam kalangan guru di sekolah," ujarnya.


Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus, Hamid Yahya, berkata 16 buah sekolah menengah di daerah ini sudah bersedia untuk menerima pelajar bagi memulakan sesi persekolahan esok.


"Saya berpuas hati dengan persiapan semua sekolah di daerah ini yang bukan sahaja bersedia menerima pelajar Tingkatan Lima dan Enam, tapi juga pelajar lain termasuk murid sekolah rendah.


"Harapan saya agar semua pelajar dapat belajar dengan tenang selepas tiga bulan tidak hadir ke sekolah bagi mematuhi tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa pemulihan sambil mengharapkan pelajar dapat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan," ujarnya.



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments

Recent Posts

See All

‘Dual-language programme in Sarawak to continue’

SIBU: Sarawak would never scrap its implementation of the dual-language programme (DLP), said Assistant Minister of Education, Science and Technological Research Dr Annuar Rapa’ee. He said last year,

COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.