Servis basuh baju guna Nak Dobi



PELAN Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan memperkenalkan aplikasi Nak Dobi yang menaik taraf perkhidmatan dobi selaras perkembangan teknologi terkini.


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif Dobi An Nazhif itu dibangun dengan kerjasama syarikat, CLE Coin Sdn Bhd (CLE Coin) dalam usaha memperkasa peranan dan potensi masjid.


"Masjid bukan hanya pusat ibadah, tetapi mampu memberi sumbangan kepada pembangunan sosio ekonomi ummah.


"Melalui aplikasi Nak Dobi, pengguna boleh mendapatkan servis dobi terus ke rumah bersesuaian dengan situasi semasa serta bagi industri di Malaysia memilih keusahawanan digital sebagai platform perniagaan dalam norma baharu," katanya.


Majlis perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, semalam.



Sumber: Harian Metro

0 views0 comments