Si kudung berhati cekal


Jika sebelum ini, dengan hanya sebelah kaki dan bertongkat, dia mampu memandu kereta beratus kilometer dan mengangkut botol baja yang ditempah oleh pelanggan. Dengan keadaan kaki kiri yang sudah dipotong sehingga ke paras betis sejak tahun lalu akibat kencing manis, fizikal Hazrizul Abdul Rahman, 43, kini semakin sukar apabila salah satu jari kaki kanannya juga 'lenyap' disebabkan penyakit gangren. Lebih menyukarkan lagi, tapak kaki kanannya pula mengalami luka teruk akibat terpijak paku karat dan terpaksa menjalani pembedahan membuang isi yang dijangkiti kuman. Hazrizul berkata, dia kini bergantung 100 peratus kepada isterinya, Fauziah Ahmad, 37, untuk menguruskan rutin harian termasuk untuk ke bilik air.



Sumber: Metro TV

0 views0 comments

Recent Posts

See All