Sistem Statistik Negara teguh diperlukan bagi pembangunan cekap, berkesan


PUTRAJAYA, 7 Julai  -- Pelaburan strategik oleh pihak berkepentingan diperlukan bagi pembinaan prasarana dan pembangunan kapasiti Sistem Statistik Negara untuk memastikan penyaluran sumber negara bagi perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata persekitaran dunia yang kian mencabar dengan daya saing negara semakin bergantung kepada penguasaan data dan maklumat untuk membuat keputusan yang tepat, telah menuntut agar Sistem Statistik Negara yang teguh perlu dilaksanakan

"Justeru, selaras dengan agenda kesejahteraan dan kelestarian negara, saya ingin memohon agar semua rakyat Malaysia memberikan kerjasama dalam menjayakan Banci 2020," katanya pada majlis pelancaran Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di sini hari ini.

-- BERNAMA




Sumber: Bernama

0 views0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.