Son bergaduh dengan Lloris


LONDON: Hugo Lloris menegaskan dia sudah berdamai dengan Son Heung-min selepas bintang Tottenham terbabit dalam pergaduhan selepas menang 1-0 mengatasi Everton awal pagi tadi.


Ketika Son berjalan keluar dari padang ke arah terowong pada babak pertama, penjaga gol Perancis itu bersemuka dengan penyerang Korea Selatan itu sambil menjerit dan menolak bahunya.


Son membalas dengan marah dan kedua-dua pemain itu terpaksa dipisahkan oleh rakan sepasukan, Harry Winks dan Moussa Sissoko apabila ia semakin panas.


Lloris marah apabila Son gagal membuang bola di bahagian tengah sebelum Everton mengancam menerusi Richarlison.


"Saya rasa untuk melepaskan peluang beberapa saaat sebelum tamat babak pertama kerana kami tidak memberi tekanan, menjengkelkan saya. Tapi itulah bola sepak," kata Lloris.


Tiada seorang pun pemain itu dikeluarkan selepas rehat ketika pengurus Tottenham, Jose Mourinho cuba untuk mendamaikan mereka.


Son dan Lloris tampak sudah melupakan pergaduhan itu apabila mereka berpelukan selepas wisel penamat di utara London ketika Tottenham memastikan kemenangan kedua mereka.


Tottenham memastikan tiga mata hasil jaringan sendiri pertahanan Everton, Michael Keane selepas terkena cubaan Giovani Lo Celso. - AFP




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.