SPR sedia berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) dalam masa terdekat.


Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom pada Selasa.


Memetik laporan Borneo Post Online, Dr Azmi menjelaskan tugas SPR adalah mengadakan Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).


Ini berdasarkan Fasal (1) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.


Bagaimanapun jelasnya, setakat ini SPR masih belum menerima sebarang notifikasi berhubung pembubaran DUN Sarawak atau PRN 12.


Tempoh DUN Sarawak akan berakhir Jun tahun depan selepas PRN ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016.



Sumber: Astro Awani

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.