Sungguh mulia hatimu



Kuala Lumpur: "Sebaik saya memberitahu menemui wang berkenaan dan pulangkannya, dia (pemilik wang) terus memeluk saya dan mengucapkan terima kasih," kata Zainuddin Azman Jamhari, 38.


Zainuddin yang menetap di Kampung Gajah, Perak itu berkata, dia memastikan individu terbabit adalah pemilik wang RM4,850 yang ditemuinya di tepi jalan sebelum memulangkannya.