'Tangkap, hukum segera' - titah Sultan Selangor


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Seksyen U12 di sini.


Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap.


"Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.


"Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya," titah baginda hari ini.


Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian itu bukan dilakukan orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.


"Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan," titah baginda.






Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.