Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching



Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching.31 orang individutermasuk 10 orang warga asing ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Green Height, Kuching.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong, mereka melakukan sebuan selepas mendapat laporan mengatakan pusat hiburan tersebut beroperasi.


Pusat hiburan, kelab malam tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat.


Menurut beliau lagi, kesemua yang ditangkap pada operasi itu juga dipercayai dibawah pengaruh alkohol.


“Seramai 21 orang adalah lelaki termasuk dua warga asing dan 10 lagi merupakan wanita warga asing dengan kesemua mereka berusia lingkungan 15 hingga 55 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan.


Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana ingkar PKPB


7 wanita warga asing gagal tunjukkan dokumen perjalanan sah

Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tujuh daripada wanita warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.


Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar memberi amaran kepada pengusaha sektor ekonomi yang tidak dibenarkan beroperasi ketika PKPB agar mematuhi undang-undang, demi menyokong usaha semua pihak membasmi COVID-19

Tambah beliau lagi, 14 agensi kerajaan yang menjadi pasukan pemantau diketuai PDRM menjalankan pemeriksaan setiap hari. Tangkapan akan dilakukan terhadap mana-mana orang yang terlibat dalam aktiviti terlarang dalam tempoh PKPB



Source: I Love Borneo

0 views0 comments