Tiada anugerah Ballon d'Or



PARIS: Anugerah Ballon d'Or tidak akan diberikan tahun ini gara-gara pandemik COVID-19.


Keputusan itu menyaksikan pertama kali trofi yang diberikan kepada pemain lelaki terbaik dunia itu tidak diberikan kepada mana-mana pemain sejak Stanley Matthews dari England memenangi anugerah itu buat kali pertama pada 1956.


"Tiada edisi untuk 2020 selepas semua pertimbangan dilakukan," kata Pascal Ferre, editor majalah berkenaan.


Pandemik COVID-19 menyaksikan kesemua liga bola sepak utama di dunia dihentikan sejak Mac lalu dengan Bundesliga muncul liga pertama bersambung secara tertutup, Mei lalu.


Pihak penganjur berasakan adalah tidak adil untuk melakukan undian pemain terbaik apabila beberapa liga termasuk Ligue 1 di Perancis dibatalkan lebih awal. - AFP




Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.