Tidak perlu ke sekolah jika suhu lebih 37.5 darjah Celcius



KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan murid yang mencatat bacaan suhu melebihi 37.5 darjah Celcius tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah apabila sesi persekolahan dibuka.


Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata selepas suhu badan diambil, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang ditetapkan untuk ke kelas masing-masing.


Ketika di sekolah, katanya, murid akan diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, terutama amalan mencuci tangan dengan kerap termasuk sebaik tiba, pada waktu rehat dan sebelum meninggalkan sekolah," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments