Tular Posting Pasal Salah Dan Betul, ''Salah Tu Lelaki, Betül Tu Perempuan..''

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai nama 'Salah', yang juga merupakan penyerang sensasi pasukan Liverpool.



Posting mengenai nama Salah atau nama penuhnya Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly ini telah mendapat perhatian ramai yang tampil dengan pelbagai reaksi berbeza, sehingga ada yang keliru dengan kenyataan yang dibuat menggunakan nama 'Salah'.





Namun siapa sangka disebalik tularnya nama 'Salah', ada seorang pembantu pengadil bola sepak wanita yang menggunakan nama 'Betül'.

Betül Nur Yilmaz yang berasal daripada Turki juga merupakan seorang guru sekolah telah banyak membantu FIFA dalam mengadili perlawanan seperti UEFA Women's Champions League dan juga FIFA Women's World Cup pada tahun 2017.


Diharapkan agar tiada lagi yang terkeliru dengan nama Salah dan Betül ini ya?



Sumber: ERA


6 views0 comments