United terlepas peluang melonjak ke tempat ketiga


MANCHESTER: Kelab Manchester United terlepas peluang untuk ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi, selepas gol penyamaan Michael Obafemi pada minit ke-96 memberikan Southampton keputusan seri 2-2 di Old Trafford.


Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer gagal menggunakan kelebihan kekalahan Chelsea dan Leicester City untuk kekal di tangga kelima.


United menjadi pasukan pertama dalam sejarah EPL menang empat perlawanan berturut-turut dengan kelebihan tiga gol tetapi sukar buat The Red Devils kali ini selepas mereka membalas hasil jaringan awal Stuart Armstrong.


Dua gol daripada Marcus Rashford dan Anthony Martial menukar perlawanan tetapi United terperangkap hasil hantaran sudut apabila pemain gantian Obafemi meledak ke gawang hasil hantaran Jan Bednarek.


"Ia adalah tempoh terburuk untuk melepaskan gol tetapi ia berlaku dalam bola sepak. Anda perlu kuat dan menerimanya," kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.


"Kami menang banyak perlawanan tetapi ia sebagai proses pembelajaran buat pasukan ini."


Kejayaan rayuan Manchester City mengenepikan hukuman penggantungan UEFA di Mahkamah Timbang Tara Sukan malam tadi meningkatkan tekanan terhadap United bagi meneruskan persembahan baik mereka dengan hanya empat terbaik layak ke Liga Juara-Juara.


- AFP



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.