Utamakan vaksin untuk guru - UNICEF



New York: Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Henrietta Fore mengesyorkan supaya guru diutamakan sebagai penerima vaksin Covid-19.


Beliau berkata, golongan itu perlu diberi keutamaan selepas petugas barisan hadapan dan kumpulan yang berisiko tinggi.


Katanya, langkah itu dapat memastikan usaha untuk meneruskan pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia.


"Ia akan membantu melindungi guru daripada virus (Covid-19) dan membolehkan mereka untuk mengajar dan seterusnya sekolah dapat dibuka semula," katanya menerusi satu kenyataan.


Menurut UNICEF, ketika kemuncak gelombang pertama penularan Covid-19 pada April, penutupan sekolah mengganggu pembelajaran hampir 90 peratus pelajar sekolah di seluruh dunia.


Selain itu, ia berkata, sekolah masih ditutup untuk satu daripada setiap lima pelajar, yang menjejaskan sekurang-kurangnya 320 juta kanak-kanak.



-- Sumber: Harian Metro

0 views0 comments