Virus mutasi D614G 'super spreader' dikesan di Indonesia



JAKARTA: Mutasi COVID-19 yang lebih mudah berjangkit ditemukan di Indonesia, umum Institut Biologi Molekul Eijkman yang berpusat di Jakarta, baru-baru ini.


Difahamkan mutasi berkenaan adalah 10 kali lebih mudah berjangkit namun mempunyai impak penyebab kematian yang kurang.


Mutasi virus D614G yang "lebih mudah menular tetapi kurang serius" ditemui dalam data urutan genom daripada sampel yang dikumpul institut itu, kata Timbalan Pengarah, Dr Herawati Sudoyo.


Bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan apakah perkara itu penyebab di sebalik peningkatan kes jangkitan baru-baru ini.


Dalam pada itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mutasi itu dikenal pasti pada Februari lalu dan telah menular di Eropah dan Amerika, juga ditemui di negara jiran Singapura dan Malaysia.


Jakarta merekod lonjakan kes yang serius dengan penularan tempatan yang tidak terkawal.



Sumber: Astro Awani

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.