West Brom kembali ke Liga Perdana


LONDON: Slaven Bilic menganggap kepulangan West Bromwich Albion ke Liga Perdana Inggeris sebagai salah satu peristiwa membanggakan dalam kariernya selepas keputusan 2-2 menentang QPR membawa mereka ke liga tertinggi Inggeris itu.


Skuad kendalian Bilic akan menyertai juara Liga Kejuaraan Leeds di Liga Perdana musim depan.


Dengan Brentford di tangga ketiga tewas 2-1 kepada Barnsley dan Fulham di tangga keempat seri 1-1 menentang Wigan, Albion menamatkan saingan di tangga kedua untuk kembali selepas dua musim beraksi di divisyen dua.


"Anda tidak tahu betapa peritnya musim ini. Anda tidak dapat bayangkan betapa bangga dan gembiranya saya.


"Saya mengendali negara saya selama enam tahun dan saya katakan tidak ada kelab yang akan dapat menandinginya. Kini saya rasa bangga seperti ketika itu," kata bekas pengendali Croatia dan West Ham itu.


Sementara itu juara Piala FA 2013 Wigan tergelincir ke League One bersama-sama Hull dan Charlton.


Charlton tewas 4-0 di Leeds, yang menerima trofi Liga Kejuaraan pada perlawanan itu - trofi pertama mereka sejak tahun 1992. - AFP




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.